BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 3, 2009

Internal Power Jepun

Kebangkitan Jepun selepas Perang Dunia Kedua turut didorong oleh pelbagai kuasa dalaman ataupun yang digelar sebagai “Internal Power”. Maksud Internal Power yang akan dirungkai banyak berkaitan dengan kebangkitan Jepun dalam sudut ekonomi, politik dan sosial. Internal Power yang paling ketara dapat dilihat dari segi ekonomi Jepun dimana wujudnya “Zaibatsu”. Zaibatsu yang merupakan syarikat yang dimiliki oleh keluarga yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan samurai kemudiannya telah digantikan dengan organisasi baru yang dipanggil sebagai ‘Keiretsu’. Keiretsu pula merupakan jaringan syarikat-syarikat yang mempunyai pelbagai rangkaian dan masih wujud sehingga sekarang. Internal Power turut boleh dilihat pada hubungan “Iron Triangle” yang mengikat hubungan birokrat, ahli politik dan peniaga. “Amakudari” ataupun “turun dari syurga” turut menyumbang kepada kemajuan sesebuah syarikat melalui kepakaran yang dimiliki. Internal Power juga boleh dilihat dari segi politik dimana “Senkyo Undo” ataupun memobilasi ahli untuk membawa golongan petani keluar berkempen semasa musim mengundi. Perkara yang sama juga boleh dilihat melalui “Zoku Giin” ataupun “puak polisi”yang dapat mengawal kuasa birokrat dan ahli Diet boleh bersuara dalam membuat keputusan. “Zaikai” (organisasi perniagaan) juga banyak mempengaruhi proses membuat keputusan kerajaan. “Norin Zoku” adalah melindungi petani berkaitan penentuan harga beras dan barangan lain.

0 comments:

Followers

mari maen kire-kire ^_^

Powered By Blogger

tempat ngumpat ^_^


ShoutMix chat widget