Monday, January 25, 2010

calon pemimpin xde otak????

oi org gila kuasa..
suke hepi ak la nk ckp lu gile kuase ke gile hape ke..

gua tgh mkn lu dtg kaco bg kertas soh undi lu pnye bdk..
mcm nie ke lu pnye kepimpinan..??

Xde langsung respek kt org tgh mkn..
abes 1 ds lu kaco org tgh mkn..

lu x rase ke gua pnye selera ilang??
lu pnye calon mmg gua black list la..

kalo ikot ati gua td mmg nk koyak lu pnye kertas dpn lu...
tp gua xnk la jd mcm lu yg xde otak 2...

kesian betul lu...

alam maya

gilerk ahh..

mlm td mimpi tgh lwn ngn antu...

perghhh....tatot gak dowh..

Sunday, January 24, 2010

Terengganu Trip

spjng pjlnn ke sane ade beberapa perkara menarik perhatian :

1. PETRONAS. ade api kuar dari corong2. besar giler tempat tuh...

2. ape beza kopok lekor dgn kopok losong?

3. dpt tangkap mr.crab dan bawa pulang ke um..

4. jln2 ke sekitar Kuala Terengganu : mknan kt sane mahal2...

5. PROSPEK berjaya dilaksanakan.

6. sgt enjoy!!!!

Saturday, January 16, 2010

Sukarnya menjadi seorang lelaki, benarkah?


Apabila melihat pasangan kekasih berjalan berduaan, terfikir di benak sebentar, bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan mereka pada hari seterusnya?

Sering terbayang sekiranya pada usia kini seorang LELAKI telah memiliki wanita yang dicintai. Telah berjanji sehidup semati. Sebagai seorang lelaki, yg masih samar tentang hari yg akan mendatang. Apakah sebenarnya perkara2 "berat" yg bakal seorang lelaki hadapi kelak.

Mengambil contoh kebanyakkan orang muda pada zaman skrg, jika pada situasi begini sudah memasang angan2 utk mendirikan rumah tangga, bagaimana seorg lelaki akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yg soleh yg diredhai di sisi Allah? Alhamdulillah jika rezeki melimpah ruah, mungkin sudah sampai jodohnya dan mendapat persetujuan keluarga. Tiada masalah bagi itu namun, bagi yg masih tiada semua itu. Bagaimana?

Basic gaji skrng kebanyakkan RM1-2k. Masuk elaun sume paling koman pon dgn ade sijil degree RM3-5k. Mula menabung utk bina rumah tangga. ( sunnah nabi ).

Sekarang semua pakai duit. Ambil dari permulaan, seorang lelaki yg ingin meminang kekasihnya. Paling kurang pun buat kenduri makan2 sikit, belanja dalam RM5-10k. Harga sebentuk cincin, RM1k ( paling cikai ), RM10k^ ( syg bakal isteri punye pasal ). - ( belum tolak duit petrol, duit tol, belanja mkn, etc, nk g umah awex ( meminang ) - ( bantainye umh awex kt johor, kite kt perlis -_- )

Lepas berjanji utk ikat pertunangan selama setahun ( kire ok la ) or sebulan ( xreti sabar ), sampai masa utk bernikah. Kali ni cincin mesti kene lg vouge, dalam RM10k - 50k myb? Sebulan 2 bulan sblm kenduri, tempah segala2nya, paling koman pon Rm10k licin ( baju pengantin mesti nk vouge gak kn, duit petrol ke hulur ke hilir cari barang, khemah, catering ( skng mane men dah pgil org kampung msk ramai2 ), etc. - itu pon kalo buat kenduri kt dpn umah. Kalo kt hotel? RM????

Baru masuk belanja kahwin, belum wang hantaran @ mas kahwin. ( trend @ adat org Melayu skrng ). Paling koman sebelah bakal isteri mintak RM10k. ( paling cikai giler da tuh ). Syg punye psl, paling eksyen sket pon RM50k. ( tiada dlm amalan yg diajar oleh nabi ). - Mas kahwin bkn bergantung pada "nilai wang" tp pada "nilai" seorang isteri itu. ( selingan - tazkirah ). Myb ada alasan mereka ( nk ambil anak dara org mesti la kene byr, nk sara anak dara org, etc. pandangan masing2 ). - hanya melihat gelagat mereka - belanja petrol, etc, nk g umah pengantin wanita ( kire la sendirik ) - kalo keter rosak? apa persediaan? ( bwk keter hati2 yer ) - sedih pilu tgk berita eksiden melibatkan pengantin baru lps menikah. moga roh mereka dicucuri rahmat.

Sudah hidup serumah, duit simpanan dah cukup ke? Kalo isteri kerja gak, alhamdulillah ( sama2 kongsi ). Duit sewa rumah ( lagi bagos beli trus umah -wt loan ke - bulan2 byr RM1k ). - sewa umah pon skrg da RM1.5k ( depends umah ape - lg best dpt banglo - mesti nk selesa kn - nk jimat umah flat ) kalo dok luar bandar lagi jimat. Duit keter bulan2 RM1-2k. Sebijik keter mane cukup. Tempat keje laen2. ( pakai keter paling murah la dulu ). Makan mesti la kene berkhasiat. Kalau asyek mkn KFC je, tiap hari ngadap laptop, bdn xkuar peluh, nti kalo sakit? RM melayang lg. Mase ni da mmg kene ade siap dah belanjawan keluarga. Kene kawal ekonomi dah.

Masuk plak bab menimang cahaya mata. Lps 3 bulan bernikah, tbe2 perut isteri berisi. Hati mmg best, lelaki akan mula menabung ( persiapan menyambut cahaya mata pertama ) - pnh terfikir x npe diberi nama " cahaya mata"?

Masa ni dah kuar shopping beli pakaian baby, pampers ( paling koman jenama "Anak ku" - mesti la nk kasik baby 1st the best wear kn ). Agak2 belanja keperluan asas ni sume? RM1,2,3,4,5k? tgk pada brand. Mesti nk anak kita pakai yg ada brand ( demi keselesaan 1st baby ). Kandungan masuk 9 bulan, isteri da kene lepak kt hospital. Sblm 2 kene la booking wad kt hospital. Nk yg terbaik utk anak sendiri, mane men hospital kerajaan. Paling cikai pon hospital Tawakkal or Hospital Pantai Puteri. Kos bersalin? RM20k la kalo nk selesa. - jgn lupa kita hanya merancang dan mengidamkan kesempurnaan kelahiran anak. ( kalo ada masalah - keguguran, kecacatan, sakit, kematian, etc - perlukan belanja rawatan, pengebumian, ubat, etc. - at least Rm10-20k ( depends on penyakit, etc. ) - ( nauzubillah hi minzalik ) mohon kesempurnaan.

Habis belanja utk kelahiran sorg anak paling koman pon RM 10-20k la. ( masuk duit petrol ulang alik g spital, mkn, etc ).

Hmm..masuk anak kedua, dan seterusnya...masa depan anak2 plak...masa depan hari tua kita plak...

Ape yg ditulis nie hanyalah gambaran kasar semata2..hari akan datang sape yg tahu ( kos sara hidup makin tinggi, etc ). Ni baru bab kehidupan berumah tangga, belum bab keharmonian umah tangga, bab menjaga ibu bapa yg dah tua, bab agama dan hal akhirat.

Myb pemikiran di sini agak kompleks dan berserabut utk difikirkan oleh kebanyakkan manusia tidak kira jantina. Lagi2 usia darah muda ni. Tapi sebelum terlambat, plan la dari sekarang sementara otak dan akal masih diberi kesempurnaan..secara kasar pon ok dah..at least da ade budget utk apa2 persediaan.

Mungkin ini hanyalah ilusi penulis semata2..segala kemungkinan hanya Allah yg tentukan. Sekian dari Chunk Sengal.

Sudah bersediakah kaum lelaki?? - awex2 sekalian, bestkn dilahirkan pmpn..bantu2 la ye balak korg..^_*



Wednesday, January 13, 2010

kalo ak boring...ak akn jerit..

yea yeah!!!!!!!!!!!

Sunday, January 10, 2010

siang malam sama saja

entah apa silapnya,
diri dimaki...

entah apa salahnya,
melarikan diri...

entah dimana nilainya,
maruah tiada lagii...

entah berapa lama sayangnya,
tersemat di hati...

Thursday, January 7, 2010

pesanan pak cik

Sekadar menyampaikan. ……

Pesanan terbaik dari seorang rakan….

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau ‘pegang’ betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah
Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
‘untukmu agamamu, untukku agamaku’ .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik..

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya
.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra’…..!

Take a break……. .meditate. ..3 minutes & calm your mind…
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); ” (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. ‘Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”.

Setelah baca , kongsikan artikel ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.

Wassalam .